Wednesday, December 2, 2009

Program Qurban dan Kenduri Aqiqah 2009


Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 5 Bandar Tasek Mutiara telah bekerjasama dengan Surau Al-Ikhwan Bandar Tasek Mutiara menganjurkan Program Qurban dan Kenduri Aqiqah 2009 pada 28 November 2009. Program diadakan secara bergotong royong dalam kalangan penduduk.



Bergotong royong dan bersepakat memotong daging
qurban untuk diagihkan kepada penduduk sekitar BTM

Jumlah lembu untuk program qurban adalah lima ekor dan seekor lembu untuk kenduri aqiqah. Sembelihan dimulakan pada pukul 0700 pagi. Kesepakatan dan kerjasama amat menggalakkan dan kerja-kerja pengagihan daging siap pada pukul 1100 pagi. Daging-daging qurban diagihkan kepada penduduk oleh wakil-wakil lorong dan sebahagiannya diagihkan kepada fakir miskin yang tinggal berdekatan khariah Kampung Kepala Gajah, Seberang Perai Selatan.


Menyediakan masakan untuk kenduri aqiqah yang
turut diadakan sempena hari raya qurban.

Sementara aktiviti memasak bermula sebaik sahaja lembu untuk kenduri aqiqah siap disembelih. Antara menu kenduri aqiqah ialah nasi putih, kurma daging dan sup berempah. Para penduduk mula menikmati kenduri aqiqah bermula jam 1230 tengah hari. Sebelum itu, bacaan tahlil turut diadakan.


Para penduduk Fasa 5 dan Fasa 6 Bandar Tasek Mutiara
menjamu selera menikmati hidangan yang disediakan.

Friday, October 16, 2009

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri...Eid Mubarak..

Jamuan Aidil Fitri telah dianjurkan bersama Persatuan Penduduk Bandar Tasek Mutiara dan Surau Al-Ikhwan pada 10 Oktober 2009 bersamaan 21 Syawal 1430H.

Semua ahli Persatuan Penduduk, KRT Fasa 5 serta ahli jemaah surau dijemput menjamu selera pada malam tersebut. Jemputan-jemputan lain termasuklah dari jabatan-jabatan kerajaan disekitar Simpang Ampat dan Jawi.


Pengerusi KRT dan Pengerusi Surau


Penyambut tetamu muslimat.

Jamuan ini diadakan secara gotong royong demi untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama dikalangan penduduk2 BTM.

Sambutan majlis jamuan adalah diluar jangkaan dan lebih dari 1000 orang telah menghadiri jamuan tersebut yang terdiri dari pelbagai lapisan kaum dan agama.



Aktiviti gotong-royong sepanjang hari.




Gambar pegawai Jabatan Polis, Bomba dan tokoh agama.




Gambar sepanjang Majlis Jamuan Aidil Fitri berlangsung.