Wednesday, December 2, 2009

Program Qurban dan Kenduri Aqiqah 2009


Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 5 Bandar Tasek Mutiara telah bekerjasama dengan Surau Al-Ikhwan Bandar Tasek Mutiara menganjurkan Program Qurban dan Kenduri Aqiqah 2009 pada 28 November 2009. Program diadakan secara bergotong royong dalam kalangan penduduk.



Bergotong royong dan bersepakat memotong daging
qurban untuk diagihkan kepada penduduk sekitar BTM

Jumlah lembu untuk program qurban adalah lima ekor dan seekor lembu untuk kenduri aqiqah. Sembelihan dimulakan pada pukul 0700 pagi. Kesepakatan dan kerjasama amat menggalakkan dan kerja-kerja pengagihan daging siap pada pukul 1100 pagi. Daging-daging qurban diagihkan kepada penduduk oleh wakil-wakil lorong dan sebahagiannya diagihkan kepada fakir miskin yang tinggal berdekatan khariah Kampung Kepala Gajah, Seberang Perai Selatan.


Menyediakan masakan untuk kenduri aqiqah yang
turut diadakan sempena hari raya qurban.

Sementara aktiviti memasak bermula sebaik sahaja lembu untuk kenduri aqiqah siap disembelih. Antara menu kenduri aqiqah ialah nasi putih, kurma daging dan sup berempah. Para penduduk mula menikmati kenduri aqiqah bermula jam 1230 tengah hari. Sebelum itu, bacaan tahlil turut diadakan.


Para penduduk Fasa 5 dan Fasa 6 Bandar Tasek Mutiara
menjamu selera menikmati hidangan yang disediakan.