Tuesday, September 15, 2009
Sunday, September 6, 2009
Majlis Berbuka Anjuran KRT Fasa 5

MASAK: Setiausaha KRT Fasa 5 sedang memasak
nasi untuk juadah berbuka.
nasi untuk juadah berbuka.

BEKERJASAMA: Ahli-ahli KRT bergotong-royong
memasak untuk majlis berbuka anjuran KRT Fasa 5.

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 5, Bandar Tasek Mutiara telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Surau Al-Ikhwan pada 15 Ramadhan 1430H bersamaan 05 September 2009 baru-baru ini.
Aktiviti memasak dijalankan secara bergotong-royong di kalangan ahli-ahli dan penduduk Fasa 5, Bandar Tasek Mutiara. Antara juadah istimewa yang disediakan adalah kari kepala ikan dan bawal goreng. Selain itu, sebaik sahaja selepas solat sunat tarawih dan witir, para jemaah telah dijamu dengan kerang rebus.
Majlis berbuka anjuran KRT Fasa 5, Bandar Tasek Mutiara telah mendapat sambutan dan dihadiri hampir 200 orang penduduk. Semoga majlis seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang agar perpaduan dan silaturrahim di kalangan penduduk dapat dieratkan lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)