
Menikmati sarapan pagi sebelum melakukan tugas-tugas
pembersihan di sekitar Fasa 5, Bandar Tasek Mutiara.
pembersihan di sekitar Fasa 5, Bandar Tasek Mutiara.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program gotong royong
adalah membersihkan longkang-longkang yang tersumbat.
adalah membersihkan longkang-longkang yang tersumbat.
Program Gotong Royong ini disertai hampir 100 orang penduduk dari pelbagai kaum bermula jam 08:00 pagi. Turut membantu ketika program ini dilaksanakan adalah pasukan bomba dari Balai Bomba Sungai Bakap dan juga pasukan-pasukan bomba sukarela.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan longkang-longkang, padang permainan dan persekitaran Surau Al-Ikhwan, Fasa 5, Bandar Tasek Mutiara. Dengan bantuan pihak bomba, longkang-longkang yang tersumbat sebelum ini dapat dibersihkan.
Program Gotong Royong berakhir pada jam 1:30 petang. Semua yang bekerjasama menjayakan aktiviti ini dijamu makan tengahari yang disediakan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 5, Bandar Tasek Mutiara.

