Saturday, May 2, 2009

Pertandingan Badminton Tertutup KRT Fasa 5

Gambar kenangan peserta-peserta, pengadil dan penyokong.

1 Mei 2009 - KRT BTM Fasa 5 telah berjaya menganjurkan satu pertandingan badminton tertutup pada 1hb Mei 2009 yang lalu. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga penganjur terpaksa menetapkan peraturan seramai 32 peserta yang dibenarkan mendaftar.

Ini adalah penganjuran kali pertama KRT Fasa 5 sejak diambil alih oleh AJK 2009/2010 dan mahu melihat sejauh manakah kemampuannya bergerak tanpa bantuan dari persatuan lain.

Penganjur juga menetapkan hanya pertandingan beregu sahaja yang akan diadakan pada kali ini dan sebanyak 16 pasangan beregu sahaja dibenarkan dan dipilih melalui cabutan undian. "Tiada beregu pilihan sendiri dibenarkan" dan ini adalah untuk mengeratkan lagi persaudaraan dan persafahaman antara kaum khasnya di BTM Fasa 5.


Ucapan aluan dari Pengerusi Majlis, Cikgu Ishak bin Ayub
(Bendahari KRT).

Ucapan perasmian oleh Pegawai Perpaduan Daerah SPS En.Ridzuan bin Ramli.

Jawatankuasa-jawatankuasa kecil dibentuk untuk melancarkan perjalanan pertandingan dan komitment dari AJK Fasa 5 amatlah membanggakan. Keseluruhan perjalanan pertandingan amat baik disamping kelemahan-kelemahan kecil yang telah dikenalpasti dan perlu diperbaiki.

Sokongan yang baik dari Jabatan Perpaduan Daerah, Persatuan Penduduk, Pihak Sekolah (SKBTM),Polis serta penduduk-penduduk BTM Fasa 5 telah menguatkan semangat AJK KRT yang terlibat untuk menjayakan kejohanan ini dengan baik.


Pengerusi KRT Fasa 5, Nor Azman Yaakob memberi ucapan ringkas.

Beliau begitu terharu dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak. Dia berharap ianya dapat diadakan sebagai Kejohanan Tahunan KRT pada masa hadapan.

Gambar-gambar menarik sepanjang pertandingan berlangsung...