Sunday, August 16, 2009

Program Motivasi UPSR dan PMR

Satu program motivasi anjuran bersama KRT Fasa 5 dan Surau Al-Ikhwan untuk pelajar-pelajar UPSR dan PMR telah diadakan pada 9 Ogos 2009. Ibubapa dijemputkan hadir untuk mengetahui bagaimana pentingnya peranan mereka dlm pembentukan akhlak anak-anak melalui pendidikan cara Islam.

Ustaz Shahul Hamid sedang menyampaikan ceramah motivasi

Program ini mendapat sambutan hangat dari ibubapa dan pelajar dimana dijangkakan lebih 100 orang telah menghadirinya.



Aturcara program motivasi:-

1- Bacaan Yasin beramai-ramai oleh penduduk Islam BTM Fasa 5 & 6.
2- Ceramah motivasi oleh Ustaz Shahul Hamid dari Madrasah, Pulau Pinang.

Program bermula seawal 8.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam.