Walaupunnya baru diperkenalkan namum ianya mendapat sambutan dan pandangan yang baik dari kaum wanita. Semua peserta dikenakan syarat untuk berpakaian sukan dan tidak menjolok mata. Ini semuanya untuk menjaga keharmonian dan tatasusila seseorang wanita disamping menjaga imej persatuan sendiri.
KRT telah melantik Kak Yati sebagai ketua dalam Biro Wanita dan bertanggung-jawab didalam hal-hal berkaitan dengannya. Kak Yati seterusnya akan berhubung terus dengan pengerusi dan setiausaha jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan Biro Wanita.
Dengan adanya aktiviti seperti ini dapatlah kaum wanita di Fasa 5 ini bersenam dan beriadah untuk menjaga kesihatan badan. Aktiviti ini dijadualkan 2 kali sebulan.
Gambar aktiviti senamrobik..

